Cinta Allah dan Manusia...




F: Awak betul-betul cintakan saya?

M: *diam sambil berfikir.* Awak rasa?

F: Ntah. Awak unpredictable.

M: Umm..

F: Kenapa awak pilih saya?

M: *terdiam*

F: Saya tak rasa awak betul-betul ikhlas menyintai saya. Saya rasa awak cintakan saya atas dasar simpati.

M: Mungkin jugak.

F: *tersentap dan speechless*


------------------------------------------------------------------------------------


Is that a true love? 


Bagi that young lady, he is everything. She is trying her best in every and each things she do to serve him the best. Of course that young lady is not his first love. So do the young man to that lady. This is the second love for both of them or may be third love. Kedua-dua anak muda ini ada cerita cinta pertama yang tersendiri. 

Dalam hidup ni, kita diberi banyak pilihan. Bersedia untuk mencintai orang yang tidak mencintai kita, atau menerima orang yang mencintai kita seadanya walaupun kita tidak mencintainya.

Cinta, suatu perasan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri. Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung.

Sekiranya cinta sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu nikmat Allah telah tercabut daripada diri, sedangkan cinta adalah nikmat teragung Allah terhadap hambaNya. Jika sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan.






Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulallah s.a.w bersabda ” sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan ku ? hari ini ku naungi mereka , dimana tidak ada naugan yang lain selain naungan ku.


Cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal dari setitik air yang tidak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah…

Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan; kehebatan terhadapNya; timbul rasa cinta; kasih pada Penciptamu;

Mencintai Allah s.w.t dah Rasullullah s.a.w. melebihi cinta terhadap makhluk ianya cinta yang hakiki; abadi kerana hati yang pecah, retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak; terburai tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.




“Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal, cintakan manusia seringkali membuat seseorang itu gagal, kecewa, menderita; tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian; kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri,” kata-kata Rabiatul Adawiah.



Namun Cinta mampu menjadi motivasi terbaik bagi manusia,merupakan kebahagiaan. Dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagia lembah kelihatan cetek untuk dituruni. Bercintalah sehebat manapun, selagi tidak membuahkan kebodohan sebagaimana Laila terhadap Majnun, serta pasangan Romeo; Juliet. Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tidak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa beriman malah berperibadi mulia.

Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasikan individu yang memilikinya.

Jika diberikan kepada seseorang, ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untukya.

Jika dijelmakan dalam rumah tangga, jawapanya adalah kerukunan; persefahaman yang berpanjangan.. Dan pastinya ia mampu mendatangkan kebahagiaan dalam hubungan rumah tangga tersebut

Sampai sini sahaja entry pada kali ini.. Aaila banyak lagi assignment nak buat.. Berblogging untuk hilangkan stress nak siapkan technical report yang ak pernah siap-siap... hehehe.. Macam nak siap Aaila kekurangan data.. Huargghhhh... Btw, Thanks for reading.. Jumpa lagi pada entry yang seterusnya.. 😊😊😊


By: Aaila D'Maya



Comments

  1. You wrote this: "She is trying her best in every and each things she do to serve him the best."

    All rite, do tell me what type of service does she serve him. I appreciate to have the response from you. Please.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

"TIPS PENGANGKUTAN UNTUK BALIK KE UiTM SELANGOR"

Cuti Pertengahan Semester

Bachelor's in Town and Regional Planning/Urban Studies and Regional Planning