Cabaran "Fresh Graduate" Hari Ini..
Oklah korang sesudah habis belajar tidak semestinya itu akan jadi happy ending selamanya tau. Kini dengan habisnya seorang Aaila belajar maka bermulalah cabaran fasa baru dalam sebuah kehidupan kepada insan yang bergelar "fresh graduate". Tapi nak cerita, Alhamdulillah selepas saja hantar thesis pada 22 Januari 2019 yang lepas Aaila terus dapat kerja sebagai Assistant Town Planner di salah sebuah firm juruukur di Puchong Jaya. Tapi Aaila tak kerja lama di situ, sebab ada satu musibah yang menyebabkan Aaila kena berhenti dengan notis 24 jam.. Huhuhu
Maka dengan itu, bermulalah satu fasa di mana Aaila jadi seorang penganggur untuk beberapa ketika. Tapi selepas tu struggle juga lah hunting kerja . Pergi interview sana sini, dapat kerja tidak pula kena dengan waktu kerjanya. Huhuhu .. Punya tidak biasa dengan keadaan tiada kerja dengan duit kian menipis. Memang di situ permulaan satu fasa di mana Aaila terasa agak down sedikit dgn di mana family financial tidak berapa mengizinkan lagi. Sampai satu tahap dah betul fed up, Aaila pun buat keputusan apa saja kerja yang datang menjemput dulu aku rembat je, asalkan aku dapat kerja dan dapat bantu family aku. Sekarang ni Aaila bekerja sementara sebagai Sales Assistant di Shah Alam, walaupun basic tak banyak tapi cukuplah untuk sara family dan sara diri sendiri, dan adalah juga saving walaupun sikit.
Cabaran pada hari ini bukan senang untuk dapatkan pekerjaan tidak kisah lah kita ni lepasan ijazah kah hatta lepasan master dan PhD sekalipun bukan senang nak dapatkan kerja. Sebab tulah kalau kita sudah dapat kerja terima saja lah tidak payahlah memilih sangat hatta kerja tu bukan bidang yang kita belajar masa kita ambik degree sekalipun rembat saja asalkan ada kerja. Di zaman hari ini, bukanlah sesuatu yang luar biasa kalau kau seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah kau kerja sebagai seorang Jurukur Bahan tak pun tetiba kau kerja sebagai Jurutera . Nooo .. semua itu biasa ..
XOXO Aaila D'Maya
Comments
Post a Comment