Sahabat...
Assalamualaikum... Haiii Aaila muncul sekali lagi berblogging...
Kali nih saya nak cerita pasal satu topik yang pada saya agak best.. iaitu SAHABAT.. Setiap pasti ada sahabat, kan? Biarpun tidak ramai tapi pasti ada walaupun seorang.. Ha! Saya pun begitu juga.. So, apakah defini sahabat bagi anda.. Bagi saya nih dia erti SAHABAT.. ↓
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu. Tau tak, saya mempunyai seorang sahabat yang saya dah kenal lama.. Saya kenal sahabat saya nih sejak daripada zaman pra-sekolah lagi..Sekarang umur kami dah 23 tahun. So, cuba bayangkan persahabatan kami sudah berapa lama? Pandai-pandai lah kira sendiri yerr... heheheheh
![]() |
Inilah SAHABAT yang saya maksudkan tuh.. She's name is Norfazlina Abdul Ajis.. |
Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita. Dan inilah satu-satunya orang menyimpan semua cerita perjalanan hidup saya, yang paling banyak menyaksikan jatuh dan bangun saya sebagai seorang insan yg bernama manusia. Dia lah satu-satunya insan yang tidak pernah bercerita tentang saya daripada belakang. Tapi satu hal yang orang perlu tahu tentang saya dan dia, persahabatan kami sama saja macam orang lain. Banyak liku yang kami telah lalui.. Bergaduh sampai tidak bertegur itu normal dalam sebuah persahabatan. Dan bukan mudah untuk kami pertahankan persahabatan ini sehingga mampu bertahan sampai ke hari ini.
![]() |
Hah! Makcik sorang nih aku ikhtiraf sebagai seorang sahabat jugak.. Sebab dia selalu ada ketika susah dan senangku.. Namanya Nurul Syairah Syamsul.. Makcik perasan fotogenik nih.. hehehehe |
Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita. Syairah ni merupakan sahabat yang kenal saya kenal ketika berkerja di sebuah kedai gambar dekat Lahad Datu. Saya dengan dia mempunyai pendapat yang berbeza dengan saya tapi mempunyai cita-cita yang sama iaitu nak jadi wanita yang paling berjaya.. Hahahaha..
![]() |
Tidak lupa kepada dua gadis Kedahan nih.. Nurul Fateha dan Siti Adibah.. |
Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.. Nih dua gadis Kedahan merupakan kawan yang saya anggap kawan baik a.k.a sahabat.. Kawan susah senang sejak menjejakkan kaki ke UiTM bermula masa transit dekat UiTM Shah Alam lagi.. Kawan tempat pinjam duit bila duit dah semakin berkurangan.. Diorang tempat meluahkan segala rasa yg tidak puas terhadap apa pun. Walaupun kadang-kadang gaduh sampai tidak bertegur sapa then baik sendirinya tanpa ada kata maaf daripada mana-mana pihak.. hehehe..
"Terima kasih sahabat.. Kerana selalu ada bersamaku dalam susah dan senang.. Terima kasih kerana sabar melayan perangai aku kadang-kadang betul kadang tidak nih.. Hehehe.."
Thanks for read my blog.. Sampai sini saja entry saya pada kali ini.. Banyak lagi assignment nak kena buat.. Tapi tidak sedar diri berblogging.. Hahaha..
By: Aaila D'Maya
Comments
Post a Comment