Posts

Mood exam langsung tiada..

Dah dua hari ni try untuk study tapi apa yang dibaca langsung tidak masuk. Rasa macam langsung tak baca apa-apa sebab satu pun tiada yang diingat. hehehe.. Ouhhh.. mood exam aku seru semangatmu marilah datang kepadaku. Risau pun ada sebab aku langsung tidak ingat apa yang aku baca. Sudah exam tinggal dua hari jaa lagi ni. Yaa Allah. Tolonglah hari rabu ni aku exam sudah tapi kenapa semua yang aku baca susah betul aku mau ingat..  Btw, jom lupakan sejenak pasal saya baca nota tak reti-reti nak ingat tuh. Sekarang nih saya nak share pasal masa tengah baca-baca nota tadi. Roommate saya tanya, habis degree ni nak sambung master tak? Hah.. Pasal nak sambung master ke tak ni. Nanti after graduate my degree ni baru saya fikirkan, sebab saya ingat nak kerja dulu lah. Nak tolong mama saya bagi adik-adik saya habis belajar sampai degree pula. Sekarang ni semua adik-adik saya tak seorang lagi yang sambung belajar ke peringkat degree sebab mama kata biar saya habiskan degree dulu baru a...

Study for the exam...

Assalamualaikum.. Dah lama rasanya tidak tulis apa-apa. Almaklumlah sepanjang sem ni sibuk sangat dengan project studio. Boleh tahan tough jugalah project studio sem ni. Macam-macam dugaan dan cabaran yang dihadapi sampai ke final submission hari tu. Sekarang ni tinggal fokus pada exam sahaja. Walaupun final exam sem hanya ada satu paper sahaja tapi debaran dan rasa risau tu tetap ada. Sebab satu paper lah kena fokus lebih sikit.. hehehe Btw, talking about the exam. Sebenarnya tak sabar dah nak habis exam lepas tu nak balik Sabah. Rindu sangat-sangat dekat rumah. Mana tidaknya sepanjang bulan Ramadan dekat Puncak Alam nih sepanjang tu juga makan tidak menentu. Rasanya makan nasi pun dalam dua ke tiga kali jaa. Bukan apa bila kita berpuasa jauh daripada family ni satu apa pun makanan rasanya tak ada yang sedap. sedih rasa nyerrrr..  Ok lah.. Sampai di sini sahaja yerr dulu.. Nanti saya balik Sabah masa dah cuti sem nanti kalo saya tidak busy. Saya kan share lebih ban...

Hatiku benar-benar tersentuh..

Assalamualaikum w.b.t.. Dah lama rasanya tidak menulis apa-apa entri di sini. Sekarang ni saya dah berada di semester 3 di kampus baru iaitu Kampus Puncak Alam. Fakulti di sini amatlah menenangkan. Cuma satu ja masalahnya. Kemudahan dkt Fakulti Alam Bina d Kampus Puncak Alam amat mengecewakan. Hurmm... Btw, saya sebenarnya bukan mau bercakap pasal Alam Bina di Puncak Alam ni. Tapi saya nak bercerita pasal satu kejadian masa saya berada di Anjung Selera Alam Bina ni pagi tadi. Pagi tadi kira-kira pukul 10 am macam tu, saya rasa lapar sangat. So, saya pergilah beli sesuatu yang saya boleh makan. Masa saya hendak membayar makanan yang nak beli tu. Ada seorang pakcik ni dia sedang membayar makanan yg dia beli tu. Tanpa sengaja saya ternampak isi dompet pakcik tu. Ya Allah, betapa sayunya hati saya. Saya ternampak duit pakcik hanya ada beberapa ringgit ja. Dalam lingkungan RM3 or RM5 macam tu.  Masa tu saya nampak pakcik tuh hanya beli sayur kailan dan terung goreng ja...

Ya Allah permudahkan segalanya..

Image
Aku tidak pernah sangkah buat sketch up tidal semudah yang aku bayangkan. Oh Tuhan, seriously daripada malam tadi lagi aku cuba. Tapi hancur. Mau tarik layout tu ke garisan 90° tu yang agak payah. Tak tau nak minta bantuan dekat siapa ni. Ya Allah, tolonglah permudahkan segala-galanya. Isnin ni assignment ni kena submit. Lepas tu ada lagi assignment principal of planning yg kena buat. Mana aku kena focus kepada final exam lagi. Risaunya.. Risau sgt².. Hanya kepadaNya sahaja aku mampu mengadu agar dipermudahkan segala-galanya. Aminnn Ya Rabb

Masih tak boleh menghembuskan nafas legah.

Image
Dua assignments sudah hantar. Tapi ada lagi dua assignment yg kena disiapkan. Hari ni aku dapat carry mark aku utk subject ELC. Ya Allah.. Risaunya. Dalam beberapa hari lagi final exam. Ya Allah. Aku mohon kpd Mu permudahkanlah segala-galanya.

Sahabat selamanya..

Image
Assalamualaikum w.b . t Kini sudah hujung semester satu untuk pelajar peringkat ijazah di UiTM . Rasanya masa cepat sangat berlalu . Sekejap lagi nak exam dah . Aku sangat risaukan keputusan aku semester ni . Tak tau lah macam mana . Pada awal aku jejakan kaki ke UiTM ni . Aku janji dengan diriku sendiri . Aku harus jadi pelajar yang cemerlang . Anugerah Dekan setiap sem harus jadi milikku . Namun begitu, bila tengok aku punya performance   rasa risau sangat. Andainya mereka berada di sini. Tidaklah aku berasa sendirian di sini. Rindu sgt² dgn budak 3 orang ni. Ingat masa duduk STPM dapatlah sambung belajar sama² tapi malangnya. Result aku soranh ja yg lepas. Tapi walaupun begitu dorang adalah sahabat terbaik.
 Assalamulaikum w.b.t            Tinggal seminggu lagi semua pelajar sarjana muda UiTM akan menghadapi peperiksaan akhir. Pada hari khamis yang lalu studio part 1 Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dengan rasminya ditutup. Apa yang bermain di kepala otakku sekarang ni bagaimanakah rupa markahku?  Bila Fatin tanya boleh tak kita orang nak tengok kita orang punya carry mark? Master Studio kata, "Mana boleh. Kalau nak tau markah korg tunggulah masa keputusan final keluar nanti. Oh Tuhan masa tu hatiku sudah mula risau.             Aku sangat risau pointer sem satu ni. Ya Allah.. Bantulah hambaMu ini untuk mengecapi kejayaan. Sekarang ni memang zon yg sangat sibuk untuk semua student untuk siapkan final Project dan segala assignment..            Apa-apa pun wish my luck.. Aku mesti berjaya sbb untuk aku sampai ke sini bukan sesuatu yang mudah....