Study for the exam...
Assalamualaikum..
Dah lama rasanya tidak tulis apa-apa. Almaklumlah sepanjang sem ni sibuk sangat dengan project studio. Boleh tahan tough jugalah project studio sem ni. Macam-macam dugaan dan cabaran yang dihadapi sampai ke final submission hari tu. Sekarang ni tinggal fokus pada exam sahaja. Walaupun final exam sem hanya ada satu paper sahaja tapi debaran dan rasa risau tu tetap ada. Sebab satu paper lah kena fokus lebih sikit.. hehehe
Btw, talking about the exam. Sebenarnya tak sabar dah nak habis exam lepas tu nak balik Sabah. Rindu sangat-sangat dekat rumah. Mana tidaknya sepanjang bulan Ramadan dekat Puncak Alam nih sepanjang tu juga makan tidak menentu. Rasanya makan nasi pun dalam dua ke tiga kali jaa. Bukan apa bila kita berpuasa jauh daripada family ni satu apa pun makanan rasanya tak ada yang sedap. sedih rasa nyerrrr..
Ok lah.. Sampai di sini sahaja yerr dulu.. Nanti saya balik Sabah masa dah cuti sem nanti kalo saya tidak busy. Saya kan share lebih banyak benda lagi terutamanya pasal Sabah..
Comments
Post a Comment