Assalamulaikum w.b.t
Tinggal seminggu lagi semua pelajar sarjana muda UiTM akan menghadapi peperiksaan akhir. Pada hari khamis yang lalu studio part 1 Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dengan rasminya ditutup. Apa yang bermain di kepala otakku sekarang ni bagaimanakah rupa markahku?
Bila Fatin tanya boleh tak kita orang nak tengok kita orang punya carry mark? Master Studio kata, "Mana boleh. Kalau nak tau markah korg tunggulah masa keputusan final keluar nanti. Oh Tuhan masa tu hatiku sudah mula risau.
Aku sangat risau pointer sem satu ni. Ya Allah.. Bantulah hambaMu ini untuk mengecapi kejayaan. Sekarang ni memang zon yg sangat sibuk untuk semua student untuk siapkan final Project dan segala assignment..
Apa-apa pun wish my luck.. Aku mesti berjaya sbb untuk aku sampai ke sini bukan sesuatu yang mudah. Banyak dugaan dan cabaran yang hadapi demi mencapai ciat-citaku untuk sampai ke sini.
Aku akan berusaha sekeras yg mungkin untuk mengotakan janjiku kepada kedua orang tuaku.
In shaa Allah..
Comments
Post a Comment