The Journey of Semester 6..
Hai.. Assalamualaikum.. Dah lama rasanya tidak ber "blogging".. Kan??? Cuba teka sekarang Aaila sudah berada di semester berapa? Actually Aaila sudah berada dipenghujung semester 6. Tinggal tunggu waktu-waktu nak exam saja nih.. Terasa cepat masa berlalu, kan? Tidak sangkah my 3rd years dekat UiTM already done... 😊😊😊
Okay lah sebenarnya posting hari nih Aaila nak cerita perjalanan sepanjang berada di semester 6 yang serba mencabar ini sebenarnya.. Macam posting sebelum-sebelum ini Aaila selalu menceritakan mengenai perjalanan projek studio Aaila sepanjang semester tersebut. Kan? Macam sem lepas projek studio Aaila ialah buat RSN Johor (Rancangan Struktur Negeri Johor) pada semester ini pula projek studio Aaila ialah RTD Cameron Highlands (Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands).
*****
So, macam biasa lah kan, bila sebut pasal projek studio semestinya kita kan pergi ke site. Untuk semester 6 ni Aaila pergi site di Cameron Highlands selama 6 hari 5 malam. Pergi kena sana sambil buat kerja lapangan sambil-sambil lah menikmati pemandangan dan dinginnya cuaca di Cameron Highlands. Kan? Tapi banyak benda juga lah kena buat di sana dan site kali ini adalah yang paling penat sepanjang pengalaman Aaila pergi site lah, even RSN Johor sem lepas tidak sepenat site RTD nih.. Huhuhu.. Dan yang berbezanya sem 6 nih Aaila tidak sekali dengan studiomate Aaila masa buat RSN Johor dulu. Sem ni Aaila tukar studio ke Studio 6B a.k.a Reka Studio before this Aaila stay Legacy Studio.
![]() |
Road to Cameron Highlands.. Memasing muka excited.. Yelah site mcm best je.. kan.. Mana x excited.. Hehehe |
Sepanjang berhari-hari di Cameron rasanya tiada apa yg boleh di share sangat sebab apa yang ada di Cameron Highlands tu sama saja macam the others blogger share before.. Cuma beza kami ke sana untuk Academic Trip.
Tapi apa yang Aaila nak share perjalanan studio sepajang sem 6 ni penuh dengan liku dan cabaran. Segala perasaan sedih, suka, menangis, rasa nak tampar orang.. Semuanya terasa di sepanjang perjalanan semester 6 nih.. Yalah di sinilah kita rasa dalam bekerja dalam group yang besar. Macam-macam ragam manusia yang kita akan jumpa.
Untuk Projek RTD nih kita ada 3 peringkat utama iaitu:
- Peringkat Laporan Awalan
Peringkat laporan awalan nih sama macam masa buat RSN dulu juga.. Sebelum hendak ke site. Kita dikehendaki untuk menyiapkan laporan awalan mengikut sektoral. Untuk sem 6 nih Aaila cover sektoral Industri. Bersendirian tau. Nasib baik sektor Industri di Cameron Highlands tidak se "tough" sektor industri di daerah-daerah lain. Kalau tidak berkakai juga nak buat tuh.. Hahaha
- Peringkat Laporan Teknikal
Peringkat nih adalah peringkat yang boleh dianggap very tough sebab dekat stage teknikal nih paling banyak kerja sebab ini adalah stage analisis. Di mana kita akan hadap presentation 2kali seminggu. Dekat peringkat teknikal nih Aaila sampai jadi lalih dengan namanya presentation sampaikan rasa nebes tu terasa macam sudah hilang.. Hahaha.. Nah kau.. Muak punya pasal dengan presentation tu sampai-sampai ndak nebes tuh.. Hahaha
- Peringkat Cadangan
Dan peringkat ini adalah stage yang paling mencabar bagi Aaila.. Sangat-sangat mencabar. If peringkat Laporan Awalan dan Laporan Teknikal Aaila kena bekerja seorang. Di peringkat cadangan pula Aaila kena bekerja dalam kumpulan yang besar iaitu seramai 12 orang. Bayangkan lah bila bekerja dalam group sampai belasan orang members nih. Faham saja lah. Macam-macam dugaan beb. Di peringkat inilah kau akan rasa menangis, makan hati bagai. Thats all is normal. Tapi sebenarnya normal tidak normal juga. Sampaikan satu tahap Aaila rasa Aaila nih yang abnormal. Hahaha...
![]() |
Ini sebenarnya yang paling Aaila suka dekat Cameron Highlands.. This fresh strawberry.. |
![]() |
dan pengalaman 1st time main-main nih kuda. Even sebenarnya arwah Atok Aaila dulu ada je kuda tapi x pernah main-main gini pun. sbb Aaila mmg penakut sikit pada namanya binatang.. Hehehe.. |
Dekat semester 6 ni lah juga Aaila punya group proposal kena banned dengan lecturer sebagai group yang paling teruk. If masa buat RSN dulu group Aaila kena puji paling bagus. Tapi masa buat RTD nih sebaliknya yang berlaku. Perasaan masa tu hanya Tuhan yang tau. Rasa nak hempuk kepala dekat dinding pun ada.. Hahaha.. Tapi xpalah benda sudah berlalu. Semuanya telah pun selamat di submit.
Nak suruh Aaila hurai banyak-banyak pasal Cameron Highlands pun Aaila tidak tau dah nak hurai apa saja.. If nak suruh compare antara Cameron Highlands dgn Kundasang pun Aaila tidak tau mau compare macam mana. hehehe.. Aaila tiada gambar yang banyak-banyak dekat Cameron Highlands. Ada nih saja yang ada dalam laptop Aaila.. Huhu
Okay lah.. Sampai sini saja dulu. Ada masa kita ber "blogging" lagi yerr.. Aaila pun busy.. Almaklum lah makin naik semester nih makin busy pulak.. 7 Januari 2018 nanti Aaila ada exam 1st paper.. Doakan Aaila yerrr..
Anything to improve freely to comment..
Comments
Post a Comment