Selamat Melabuhkan Tirai 2017... Selamat Datang 2018..

Asslamualaikum you all..

Kini tahun 2017 sudah pun tiba ke penghujung. Sekejap saja lagi ia akan melabuhkan tirainya. Pernahkah sekali kita bertanya kepada diri kita, apakah kita telah menjalani dan menempuhi tahun 2017 ini sebaik mungkin? Memanfaatkan peluang yang terwujud sepanjang tahun 2017 ini dengan baik? Tapi yang pasti tahun 2017 ini pasti banyak memberikan kita pengalaman pahit dan manis yang sangat-sangat berharga untuk kita abadi disepanjang haya hidup kita. Kan?

Dalam kita mengejar kehidupan di dunia ini, satu perkara yang kita perlu tahu dan perlu sedar dan perlu ingatkan kepada diri kita sendiri. Di mana kehidupan di dunia ini bukanlah merupakan sebuah kehidupan yang kekal, melainkan hanya sementara. Kehidupan di dunia merupakan sebuah permainan, di mana ada kalanya kita bergembira dan ada kalanya kita bersedih. Susah dan senang silih berganti. Namun kesenangan itu merupakan sebuah kesenangan yang menipu, sedangkan sedihnya hanyalah bersifat sementara. Keadaan ini amat berbeza dengan kehidupan akhirat, kehidupan yang sebenarnya.


Dalam Al-Quran sendiri tercatat bahawa dunia itu hanyalah sekadar satu permainan

Seseorang dikatakan terlalu mencintai dunia jika di mana dia hanya memikirkan dan mengejar kehidupan dunianya sahaja, kalau sudah demikian maka akan timbullah pelbagai penyakit hati. Semakin dia mencintai dunia, maka dia akan menjadi semakin tamak, sombong dan tidak tahu malu. Merasa tidak pernah cukup dengan apa yang telah diberikan, sehingga akan selalu berusaha untuk dapat memenuhi keinginan hawa nafsunya. Selain itu seseorang dikatakan terlalu mencintai dunia jika ia memiliki sikap takut kehilangan. Dia akan merasa takut sesuatu yang telah dimilikinya diambil oleh orang lain, entah itu harta mahupun kedudukannya. Oleh sebab itu, para pencinta dunia tidak pernah merasai ketenangan dan kebahagiaan dalam hidupnya.

Sebagai seorang pelajar yang sentiasa sibuk dengan kekangan waktu dalam menyiapkan tugasan yang sentiasa tidak akan pernah habis sehinggakan perlu berjaga hingga larut malam untuk menyiapkan semua tugasan tersebut, kadang-kadang terasa juga diri ini bagaikan lebih mementingkan kehidupan dunia. Mana tidaknya berfikir seperti itu, bila dateline submission semakin hampir bukan main boleh berjaga sampaikan ketahap tidak tidur berhari-hari. Tapi bila pasal urusan agama punya liat, even pergi dengar ceramah dengar surau pun susah sebab asyik pikir submission semakin hampir takur kerja tidak siap. Allahu, bila direnungkan balik betapa pilih kasi dan jahilnya diri ini. Kerana takutkan kegagalan dunia, hinggakan terabai tuntutan yang wajib.


Semoga kita tidak menjadi hamba kepada yang namanya Dunia

Okay lah.. Sampai disini sahaja entri kita pada kali. Sempena penghujung tahun 2017 ini, Aaila mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2018", semoga tahun 2018 ini merupakan tahun yang lebih baik daripada sebelumnya dan kita dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Dan doakan Aaila dapat habiskan pengajian ijazah Aaila dekat UiTM nih dengan lancar dan dapat graduate on time macam yang mama dan papa Aaila harapkan. Doakan Aaila berjaya dunia dan akhirat. Love u olls.. Panjang umur kita jumpa lagi dekat next entri pada tahun 2018 nanti.


Happy New Year 2018

Rahila Aaila.. 

Comments

Popular posts from this blog

"TIPS PENGANGKUTAN UNTUK BALIK KE UiTM SELANGOR"

Cuti Pertengahan Semester

Bachelor's in Town and Regional Planning/Urban Studies and Regional Planning