"TIPS PENGANGKUTAN UNTUK BALIK KE UiTM SELANGOR"
Haiiii readers.. Macam dekat entri sebelum ini saya nak tulis pasal macam mana nak dapatkan kolej kediaman sepanjang kita belajar dekat UiTM, kan??? Tapi belum lagi nak tulis pasal tuh.. Sekarang nih musim-musim nak balik kampus kan? So, saya nak tulis dulu pasal macam mana nak balik UiTM Selangor. Kenapa UiTM Selangor??? Sebabnya saya mau tulis pasal cara mau balik ke UiTM Kampus Shah Alam dan Kampus Puncak Alam dan dua-dua kampus ini dekat Selangor. So, saya tulis lah tajunya macam ini adalah pengangkutan ke sana tidak kira lah kampus Puncak Alam atau kampus Shah Alam. Dan ini adalah pengangkutan yang murah juga yang mahal untuk anda sampai ke sana.. Hehehe..
***Okaylah entry ini khusus untuk student Sabah dan Sarawak... Untuk student selain daripada Sabah dan Sarawak yg menggunakan flight drp KLIA dan klia2 pun boleh follow tips ini...
Okay lah.. Saya adalah student UiTM yang sebelumnya study dekat UiTM Kampus Shah Alam dan dipindahkan ke UiTM Kampus Puncak Alam.. Dulu masa dekat kampus Shah Alam saya selalu naik teksi jerr masa nak balik UiTM tuh.. Hehehe..Sebab kelebihannya teksi nih kita kena hantar terus dalam kampus a.k.a kolej kediaman satu sebabnya lagi kenapa saya lebih memilih untuk naik teksi sebab saya suka bawa barang banyak-banyak.. Kalau daripada KLIA tambang teksi ke UiTM Shah Alam ialah RM 45.50 ini tambang masa saya semester 1 dulu lah kalau ke UiTM Puncak Alam dalam RM 80 ke RM 90 gitu **ini berdasar app myteksi.. Tidak tau lah sekarang berapa.. Hihihi.. Lagipun saya jarang touch down dekat KLIA selalunya saya touch down dekat klia2.. Ok tambang teksi daripada klia2 atau LCCT namanya sekarang kalau ke UiTM Shah Alam tambangnya dalam RM 78 ke RM 80.. Setakat ini tidak pernah lagi dapat bayar tambang lebih daripada RM 80.. Kalau drp klia2 tuh ke UiTM Puncak Alam... Jengggg... Yg ini jangan main-main dengan harga tambangnya, RM 128.80 beb... Mahal kan??? Bagi student macam kita memanglah.. Sis, tak bohong tau sebab ini berdasarkan pengalaman sis.. Nasib baik dah buang resit copy costumer tuh.. Kalau tak boleh bagi korang tengok..
Ok lah.. Asyik cakap pasal teksi jerr, kan??? Ok ada cara lagi murah untuk pergi ke UiTM Puncak Alam ataupun Shah Alam.. Caranyaa kita naik bus.. Tapi naik bus nih kita banyak transit lah.. Okay cara naik bus ke UiTM Puncak Alam daripada KLIA dan klia2.. Sini saya nak explain pasal klia2 sebab part public transport yg saya tahu dekat klia2 jerr.. Hehe.. Untuk KLIA nanti saya bagitau kemudian ya.. Kalau mahu tau lah.. Hehehe
Follow this step.. Hehehe
First Step
Dah sampai sesudah touch down dekat KLIA ataupun klia2 silalah ambik luggage anda. Hehe.. Setelah urusan mengambil luggage sudah selesai bolehlah terus gerak ke level 1 klia2 tuh untuk membeli tiket bas anda. Di situ terdapat beberapa bas yang anda boleh pilih yang anda rasa ingin naik lah. Antaranya ialah Aerobus, Star Shuttle Express dan Sky Bus. Tapi di antara ketiga-tiga bas ini saya syorkan anda naik Sky Bus. Kenapa Sky Bus? Sebabnya Sky Bus punya tiket adalah yang paling murah daripada semua bas yg ada tuh.. Nanti boleh lah check harga tiket bas yg latest dan jadual perjalanannya dekat link di bawah.. Tapi selalunya harga tiket bas yang ada di klia2 untuk ke KL Sentral tidak lebih daripada RM 20. Apa-apa pun naik bas nih saya bagitau awal-awal memang agak leceh sikitlah sebab banyak transit. So, daripada klia2 untuk sampai ke Shah Alam atau Puncak Alam kalau naik bas memang agak leceh sikitlah sebab anda kena transit di KL Sentral duluan untuk naik bas lain.
p/s: Aerobus menyediakan juga perkhidmatan perjalan ke lain-lain destinasi di seluruh Malaysia.
Second Step:
Setelah selesai step pertama tadi. Bas yang anda naiki daripada klia2 tadi akan menghantar anda hingga ke KL Sentral sahaja. Sesudah sampai di KL Sentral untuk sampai ke Shah Alam ada dua pilihan jenis pengangkuran yang ada boleh naik iaitu sama ada anda ingin menaiki bas (Rapid KL Bus) ataupun komuter (KTM). Okay saya kasi terang pasal bas dulu ya baru saya kasi terang pasal naik komuter pulak.
Second Step:
Setelah selesai step pertama tadi. Bas yang anda naiki daripada klia2 tadi akan menghantar anda hingga ke KL Sentral sahaja. Sesudah sampai di KL Sentral untuk sampai ke Shah Alam ada dua pilihan jenis pengangkuran yang ada boleh naik iaitu sama ada anda ingin menaiki bas (Rapid KL Bus) ataupun komuter (KTM). Okay saya kasi terang pasal bas dulu ya baru saya kasi terang pasal naik komuter pulak.
- Okay pasal naik bas. Bas ni dikenali sebagai Rapid KL kalau sdh memang berada lama dekat area KL atau Selangor memang bas ni sangat-sangatlah familiar dan ndak payahlah dikasi terang panjang lebar rasanya. Hehehe.. Okay back to discussion topic. Okay pasal bas daripada KL Sentral ni ia ada kod tau kodnya ialah 750. Kalau anda seorang pelajar UiTM Shah Alam yang baru berjinak-jinak untuk menggunakan public transport saya syor kan anda untuk menggunakan bas 750 sebab nih direct ke Seksyen 2, Shah Alam dan tambangnya daripada KL Sentral ke Shah Alam ialah RM 2.50 sahaja. Kemudian bila sudah sampai dekat bus stop di Seksyen 2 anda boleh menaiki bas yang di sediakan oleh UiTM yang khusus untuk ambil/hantar pelajar Kampus Shah Alam daripada dalam dan luar kampus daripada dan ke Seksyen 2. Bas ni free saja. Kod basnya ialah BAS D. Jangan risau bas ni akan bawa anda terus masuk dalam kampus cuma kasitau saja sama tuh driver anda mau turun di mana dekat dalam kampus tuh.. hehehe.. Dan kalau destinasi anda adalah ke UiTM Kampus Puncak Alam, anda kena tunggu bas Rapid KL yang kod 753 dekat bus stop dekat Seksyen 2 untuk ke Kampus Puncak Alam dengan tambang RM 2 saja.. Hehehe.. Kalau anda ada kad touch & go murah lah sikit tambang. Saya sejak sudah pindah kampus daripada Shah Alam ke Puncak Alam saya ndak pernah sudah bayar tambang bas Rapid KL tuh pakai cash. Saya pakai touch & go yang kad watson tuh. Hehe
- Ok.. Ini pasal komuter pulak.. Ataupun lebih dikenali sebagai KTM. Kalau naik KTM daripada KL Sentral ke Seksyen 19, Shah Alam. Tambang KTM nih daripada KL Sentral ke Shah Alam kalau saya tidak silap ialah RM 3.50, mahal sikit daripada Bas Rapid KL. Dan sesudah sampai di Seksyen 19 kena naik bas Rapid KL ataupun bas Smart Selangor. Kalau naik bas Rapid KL kod bas nya T754 kalau saya tidak silap lah dengan tambang RM 1 ke Seksyen 2, Shah Alam. Saya pun macam lupa-lupa ingat sudah nih tuh kod bas. Hahaha.. Ok, kalau naik bas Smart Selangor pulak naik saja bas yang kod SA01 bas ini akan membawa anda ke Seksyen 2 juga sama macam bas Rapid KL tadi dan yang bagus ini bas free saja.. Hehe.. Bila anda sudah sampai di Seksyen 2 tuh kan, kalau anda hendak UiTM Shah Alam nah ikut saja step yang saya sudah highlight biru dekat atas. Kalau anda hendak ke UiTM Puncak Alam ikut step yang saya sudah kasi highlight merah dekat atas.
p/s: Okay ini khusus untuk mereka yang landing dekat KLIA untuk dapatkan tambang murah cara yang saya tahu daripada KLIA tuh anda kena naik train yg KLIA transit tuh ke klia2 dengan tambang around RM 2 macam begitu lah. So bila sudah sampai dekat klia2 cuma follow semua step yang dekat atas tuh.. ↑↑↑
Kalau anda follow apa yang saya tulis di atas. In shaa Allah sebagai seorang pelajar yang sangat-sangat mementingkan penjimatan duit, specially kita-kita yang datang daripada Sabah/Sarawak nih boleh lah reduce cost pengangkutan untuk balik ke Kampus. In shaa Allah ndak sampai RM 30 pun berbanding naik teksi yang boleh cecah harga sampai beratus terutamanya kalau anda mau ke kampus Puncak Alam/ Mana dengan tiket kapal terbang yang mahal ya amat. Saya faham perasaan anda. Sebab saya juga Sabahan yang terlempar ke Bumi Malaya untuk study.. Hehehe.. Nasib baik sekarang nih kan ada uber sama grab car sudah, so ada murah sikit lah berbanding tambang teksi yang mahal ya amat. Huhuhu
Okay lah sampai sini saja perkongsian yang saya boleh kasi. Jumpa dekat next entry.. Entri kali ini tiada gambar ya.. Sebab segala gambar tiket bas, tiket teksi sudah kena buang bah, kalau sa masih simpan sa boleh kasi kamu urang tinguk. Hehe..
by: Aaila D'Maya
nice info, so kalau dapat belajar sana boleh try tips ni #blogwalking here done follow
ReplyDeleteYa.. In shaa Allah.. Boleh try.. Even x dpt belajar dkt uitm still boleh follow ni tips.. Nanti sy update mcm mana cara nak explore area KL just menggunakan public transport.. Cumanya skrg still busy.. Btw, Thanks follow..
DeleteBetul2 membantu entry ni. Susah wooo mau bjimat2 balik kampus, sdh la ptptn belum masuk. Nasib baik terjumpa entry ni.. Terima kasih..
ReplyDelete-insan miskin dari sabah-
Yess.. betul2.. sa faham sbg pelajar kita kena tau mcm mana cara mau berjimat.. kan..
DeleteThanks sbb baca yaa..
DeleteBerapa lama masa perjalanan dari klia ke uitm shah alam.
Deleteklu dari puncak alam ke kl, naik bas yg sama ke? kod dah tukar ke? dulu U90
ReplyDeleteOh god sorry.. sy busy lately.. Ya skrg dah bertukar.. dulu U90 skrg dah tukar ke 753..
DeleteThank you utk posting ini. Sangat membantu
ReplyDeleteThanks for reading..
Deletethanks sgt membantu. dah dua kali sesat nk ke puncak alam naik bas rapid.
ReplyDeleteSama-sama.. Syukur lah.. Harap selepas ini tidak sesat lagi ye..
DeleteSy student baru uitm shah alam. Macam mana sy nak naik bus keluar dari uitm nak ke kl sentral? Sy duduk di koleh teratai. Boleh bagi petunjuk :)
ReplyDeleteSorry baru dapat buka blog.. Busy sgt.. senang je awak just naik bas charter UiTM yg bas D tu turun dkt sek 2 then ke seberang jalan naik bas 750 ke KL Sentral..
DeleteKalo dr kl sentral-uitm shah alam-uitm palam amek masa brapa lama utm smpi? Mana lg ok bas atau ktm?
ReplyDeleteKL Sentral ke UiTM Puncak Alam kalau naik bas kena naik dua bas drp KL Sentral kena naik bus Rapid KL 750 then turun di Seksyen 2 atau di Seksyen 14 Shah Alam then drp Shah Alam naik bas kod 753 untuk ke sana.. Kalau nak murah sy syorkan naik bas.. Kalau nak ikut jadual yg on time naik KTM..
DeleteKalau ke Kampus puncak perdana, mcm mana pergi sana dari bus stop di Seksyen 2? Sebenarnya bulan depan sy mendaftar kat sana. Seorang diri pula tu 😅. Family dari Sarawak x dapat ikut.
ReplyDeleteBoleh tak nak tau line apa yang okay?
ReplyDeleteAda tak page yang menjelaskan tentang hari pendaftaran di UITM Shah Alam terutamanya time COVID-19 ni?
ReplyDelete