THE POWER OF SEDAKAH..

Haiii readers.. Lamanya dah cukup lama tidak menulis apa-apa entri, kan? Sehinggakan blog dah kena tumbuh sawang.. Hehehe.. Ok lah kali Aaila nak berkongsi mengenai "SEDEKAH".. Percaya atau tidak dalam setiap rezeki yang itu perolehi itu ada rezeki orang lain. Percaya kah tidak? Tapi saya percaya. Sebabnya apa? Dulu saya adalah orang sangat susah hendak berkongsi rezeki dengan orang lain. Bukan sebab apa iyalah student macam saya kalau nak bagi duit dekat orang lain kena lah pikir sampai 100 kali sebab kita sangat perlukan duit untuk kehidupan seharian dekat kampus. Betul x?

Saya mula percaya mengenai kekuasaan"sedekah" itu bermula pada satu peristiwa. Boleh dianggap sebagai satu peristiwa lah.. Hehehe.. Masa itu Aaila berada di semester 5, seorang kawan sebatch dengan saya kehilangan abangnya dan masa itu AJK Persatuan course saya ataupun di kenali sebagai TRIPs melakukan kutipan derma khairat kematian. Masa itu Aaila ada duit RM 40 sahaja note RM 20 pulak tuh. Masa tuh bulan ramadhan dan saya masa bulan ramadhan mmg kurang beli makanan di kafeteria selalunya saya akan masak. Entah kenapa masa itu saya tidak berfikir panjang saya bagi saja RM 20 tuh dekat AJK persatuan yang ditugaskan masa itu. Padahal itu adalah duit terakhir saya yang saya simpan untuk print assignment.



Then after peristiwa itu, saya kena call daripada pihak ACIS UiTM bagitau saya kena pilih untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Vice Canselor UiTM. Then saya setuju hendak pergi ke majlis berbuka puasa tuh. Guest what? Masa majlis berbuka puasa tuh Aaila terpilih untuk menerima duit raya daripada Vice Canselor sebanyak RM 500.. Oh Tuhan masa tuh betul-betul tidak disangkah-sangkah, sebab masa itu duit raya tuh tidak kena bagi direct tapi pihak pengurusan bank in ke dalam akaun saya seminggu sebelum raya. Masa itu saya terfikir, saya bagi RM 20 tapi Allah gantikan dengan RM 500. Sejak daripada itu saya percaya pada konsep "Dalam setiap rezeki kita ada rezeki orang lain."

Sejak daripada hari itu saya tanamkan dalam diri saya kena kongsi setiap rezeki yang saya ada terutamanya dengan orang-orang yg amat memerlukan. Namun begitu, dalam masa yang sama janganlah hulur sikit dekat mak ayah kalau ada rezeki lebih. Event tak lebih pun bagi dekat mak ayah itu wajib sebagai tanda anda seorang anak yang mengenang jaya. Saya sejak daripada semester satu lagi setiap kali duit PTPTN masuk saya akan pastikan bagi sikit dekat mama saya dan papa saya. Tapi kalau bagi dekat papa saya selalunya papa saya akan anggap duit tuh sebagai hutang dan papa saya akan bayar balik dekat. Macam tu jugak dengan mama saya. Nampak tak betapa mak ayah kita tak mengharapkan duit kita. Tapi sebagai anak ada banyak cara untuk membalas jasa mereka. Betul tak??? Hehehe..

And yang paling penting maybe because of the power of sedekah also, untuk semester 6 nanti Alhamdulillah saya sekali lagi dapat offer duduk kolej.. Hehehe..


Taraa.... 



Ini adalah semester yang ke 6 saya duduk kolej tau.. Syukur Alhamdulillah.. Masih diberikan peluang untuk menjadi penghuni kolej sejak daripada semester satu lagik.. Hehehe.. Dua semester duduk dekat Kolej Mawar di UiTM Shah Alam dan 4 semester duduk dekat Kolej Baiduri di UiTM Puncak Alam.. Syukur Allah selalu murahkan rezeki anak Sabahan yang terdampar jauh di Malaya ini.. Hehehe

Adik-adik junior nak tau tips untuk dapatkan kolej sepanjang belajar degree dekat UiTM Selangor nih.. Next entri nanti akak kongsi yaa.. Sebab entri not talking about kolej kediaman.. Hihihi

Ok lah sampai sini saja lah duluan yaa.. Sbb akak nak sambung buat research pasal thesis akak nih.. Tajuk pun still ndak jumpa lagik.. huhuhu.. dahhh.. till we meet again in the next entri...


Comments

Popular posts from this blog

"TIPS PENGANGKUTAN UNTUK BALIK KE UiTM SELANGOR"

Cuti Pertengahan Semester

Bachelor's in Town and Regional Planning/Urban Studies and Regional Planning