University Life..
Hai.. haii my dearest beloved reader...
Kali nih saya berkongsi bagaimana cara belajar dekat universiti.. Iya lah jadi pelajar universiti nih kita bukannya just fokus pada exam saja kan?? Assignment pun ada lagi kalau dah nak dekat hujung semester betul tak? Ok hari saya nak kongsi macam mana cara adapt semua tuh.. hehehe
Pembelajaran di peringkat universiti sememangnya lebih mencabar berbanding dengan masa sekolah dulu. kalau masa sekolah, kita diberikan kerja sekolah setiap hari dan perlu disiapkan tanpa banyak karenah sebab takut kena rotan.
Berbeza dengan kehidupan di universiti di mana korang akan berhadapan dengan pelbagai karenah pensyarah pulak. Ada pensyarah yang bagus pengajarannya dan ada jugak yang mengajar ikut suka hati mereka.
Akibatnya, pelajar itu sendiri yang susah nak paham apa yang diajarkan oleh pensyarah tersebut. Bukan sebab pensyarah itu tidak professional tapi lebih kepada cara penyampaian mereka yang mungkin tidak sesuai bagi sesetengah pelajar.
Pilih Pensyarah Dengan Betul
Ramai di antara kita yang belajar kat universiti ini lebih cenderung untuk belajar dengan pensyarah pilihan diorang. Sebabnya nanti tak ada lah korang pening kepala atau pun segan nak bertanyakan soalan. Lebih-lebih lagi kalau pensyarah korang tu foreigner (**kalau macam saya dekat UiTM jarang lah ada lecturer foreigner, itu kalo untuk course saya lah.. hehehe.. tak tau lah kalo course lain, kan?).
Lebih elok kalau korang buat servey dulu tentang siapa dan bagaimana seseorang pensyarah tu mengajar.Jangan main hentam je ambil nak belajar dengan mereka. Kalau tak kena cara belajar dengan cara kita, alamat lingkup lah pelajaran korang nanti. Macam berpengalaman je, ya memang aku pernah kena dulu.
Teknik Berjaya di Alam Universiti
Memandangkan masa kita semua belajar di universiti ni terhad sebab satu semester tu dalam 4 ke 5 bulan sahaja, jadi biasalah kalau korang akan hadapi peperiksaan demi peperiksaan dalam masa yang terdekat.
Jadi sebab itu fokus korang amatlah penting untuk 4 ke 5 bulan tersebut untuk menjaga carry mark ataupun markah terkumpul sehingga peperiksaan akhir nanti.
Dengan menggunakan beberapa teknik yang aku sendiri gunakan sekarang, ianya agak berkesan pada aku tapi tak tahu lah kepada orang lain. Antaranya :
1) Belajar sambil menulis, mendengar dan berfikir adalah yang terbaik untuk korang paham apa yang diajarkan oleh pensyarah korang nanti.Masalah yang paling kritikal kat sini bila pensyarah korang asyik membebel panjang tanpa memegang satu pun pen maker untuk menerangkan apa yang diajarkan.
AMARAN : DUDUK DI BARISAN HADAPAN, DUDUK DI BARISAN HADAPAN, DUDUK DI BARISAN HADAPAN SUPAYA KITA LEBIH FOKUS DALAM KELAS. SERIUS!!!
Jadi kena bijak lah tegur dia ke macam mana, ataupun terpaksa belajar dengan kawan korang sendiri. inilah perbezaan yang paling ketara berbanding di zaman sekolah dahulu. Macam saya memang saya akan duduk di barisan paling hadapan sekali biarpun saya dah kelas lambat.. Hehehe.. So, impaknya semua lecturer yang mengajar saya setiap semester akan kenal saya.. Cewahhhh.. Hihihi
2) Pastikan setiap apa yang diterangkan, samada melalui percakapan ataupun perbincangan di dalam kelas tu, korang tulis isi penting supaya korang tidak akan terlepas pembelajaran tentang topik tersebut.
Ini penting untuk rujukan korang buat masa hadapan, lebih-lebih lagi ketika menghadapi peperiksaan. Banyak bakal soalan nanti tak lari daripada apa yang korang belajar dalam kelas.
3) Fokus 200% ketika di dalam kelas. Jangan lah masih nak main dengan telefon bimbit korang tu lagi buat masa ni. Kalau girlfriend ke boyfriend korang hantar mesej pun jangan balas. Bukan dia yang tolong kita nak jawab soalan nanti kalau tak boleh jawab.
Nampak ayat aku macam simple, fokus dalam kelas. Tapi tak ramai yang alert dengan nasihat aku ni. Percayalah, kalau korang fokus dalam kelas, insyaallah apa yang korang belajar tu senang nak recall balik.
4) Berinteraksi dengan pensyarah. Diorang ni pun manusia jugak. Jadi kalau korang duk tunjuk semangat nak belajar dengan dia tu, acah-acah rajin belajar depan dia pun okay.
Biarkan diorang kenal siapa korang tu. maksud aku bagi dia ingat nama korang, jadi kalau ada masalah ke tak paham, korang takan segan nak bertanya.
5) Anda dan ambil peperiksaan MUET? Exam MUET ni penting untuk masuk ke universiti dan merupakan ‘Sijil Tambahan’ kepada anda apabila nak dapatkan pekerjaan nanti. Jadi, lulus dengan cemerlang adalah WAJIB kalau nak senang dapat kerja nanti. Baca panduan lulus exam MUET yang disediakan oleh Teacher Asmah untuk bantu anda lulus dengan cemerlang. Baca di sini : Panduan Lulus Exam MUET!
Kalau korang amalkan 5 killer tips ni dalam pembelajaran korang, insyaAllah korang akan berjaya nanti dengan usaha serta doa tu. Lagi satu, jangan tinggal solat! Hubungan dengan yang Esa pun kena jaga jugak. Tak guna berjaya tapi tak dapat berkat belajar.
Semoga bermanfaat.
Akhir sekali maaflah pengguna kata ganti diri tuh sekejap pakai "saya" kejap pakai "aku".. Hehehe.. Maklumlah dah terbiasa dalam pertuturan sehari-hari pakai aku.. Huhuhu
Comments
Post a Comment