Pergaduhan yg tidak pernah ada kesudahan.

Semalam lepas habis studio. Aku balik sama-sama dengan Arif Akmal. Entahlah macam mana permulaannya bila sampai sahaja Anjung Selera kami terus bergaduh. Ouhh.. Kalau tak silap masa tuh punca pergaduhan kita orang adalah sebabkan senior part 08 tegur aku iaitu abang Aben. Hurmmm.. Cakap pasal Arif Akmal ni. Biar aku cerita sikit pasal dia. Rasanya setakat ni aku tidak pernah lagi tulis apa-apa entry pasal dia. Betul tak??? 

Arif Akmal ni sebenarnya junior aku. Aku kenal dia masa aku sem 2 dan masa tuh dia baru masuk UiTM. So, kalo baru masuk faham-fahamlah maksudnya, kan?? Means dia masa tuh baru sem 1. Aku kenal Arif Akmal ni pun sebab kawan dia aku kenal daripada facebook. Asalnya tu kawan dia nak ambik nota so vanue aku nak pass nota tuh dekat kawan dia ni dekat PTAR 1 di Menara SAAS. So, di situlah detik permulaan perkenalan aku dengan Arif Akmal ni.

Tu dia Arif Akmal, yg gugerl tuh semesti lah aku.. hehehehe

Arif Akmal ni sebenarnya memang special dalam hidup aku. ehhehe.. Tapi sejak kebelakangan ni kami selalu bergaduh. Pasal benda remeh-temeh pun kami boleh bergaduh. Tapi entahlah walaupun selalu bergaduh macam ini aku tetap sayangkan dia. Aku masih boleh sabar dengan perangai kuat cemburu buta dia. Family kami pun dah tahu pasal hubungan kami. So, nak clash tu agak susah lah sebab kami dah plan macam-macam pasal relationships ni.. Just want to tell him "Arif Akmal bin Roslan, I love you so much. Walaupun kadang-kadang aku banyak sakit hati dengan perangai kau."

p/s: Thanks for reading my blog.. hehehe.. By Aaila Sulung.

Comments

Popular posts from this blog

"TIPS PENGANGKUTAN UNTUK BALIK KE UiTM SELANGOR"

Cuti Pertengahan Semester

Bachelor's in Town and Regional Planning/Urban Studies and Regional Planning