Salahkah aku sebagai anak.
Keluarga aku rasanya sudah lama kucar kacir, sejak ayah aku berkahwin lebih daripada 5 tahun yang lalu. Bermula dengan ayah kahwin lebih daripada satu then tambah lagi satu selepas dia ceraikan isteri keduanya selepas mama. Yang lebih menyakitkan mama minta cerai daripada papa tapi papa tak nak ceraikan mama. Sudah tiga semester aku berada di Selangor. So, banyak masalah keluarga yg aku tidak tahu. Aku rindukan kebahagiaan keluarga aku dulu. Aku rindukan hubungan mama dan papa yg dulu. Aku rindukan kejayaan perniagaan keluarga ni. Tapi semua tu cerita lama. Semuanya sudah berubah 100% bersamaan 360°. Semua dah tdk sama. Asalkan cuti semester ja aku mesti gaduh dgn papa, pasal issue yg sama. Bukan niat mau jadi anak derhaka tapi papa lupa pada tanggungjawab dia sebagai ayah dan suami. Alih² yg paling byk rasa deritanya kami adik beradik.
Kini, aku balik daripada Selangor utk cuti semester. Aku dapat tahu mama berkawan dgn seorang lelaki. Then lelaki tu sukakan mama, dan aku tahu mama pun sukakan lelaki tu. Walaupun mama tak cakap dia suka. Masa papa kahwin lagi satu 5 tahun yg lalu, aku memang mengamuk habis. Namun, lama-lama selepas itu sedikit demi sedikit aku cuba dan belajar utk terima hakikat papa dah kahwin dgn perempuan lain. Walaupun pada hakikat sebenarnya aku tdk boleh terima perempuan dlm hidup kami adik beradik. Tapi bila part mama, memaksa minta daripada papa sbb dia nak kahwin. Tiba² hati aku rasa tdk sedap. Aku risaukan adik² aku. Andai sahaja aku sudah ada kerja, aku akan ambik semua adik² aku tinggal dgn aku. Tapi apakan daya. Aku masih belajar. Hidup di Selangor tu pun bergantung sepenuhnya kpd duit ptptn.
p/s: thanks for reading.. sorry utk entri yg x diundang ini.
Comments
Post a Comment