Hatiku benar-benar tersentuh..
Assalamualaikum w.b.t..
Dah lama rasanya tidak menulis apa-apa entri di sini. Sekarang ni saya dah berada di semester 3 di kampus baru iaitu Kampus Puncak Alam. Fakulti di sini amatlah menenangkan. Cuma satu ja masalahnya. Kemudahan dkt Fakulti Alam Bina d Kampus Puncak Alam amat mengecewakan. Hurmm... Btw, saya sebenarnya bukan mau bercakap pasal Alam Bina di Puncak Alam ni. Tapi saya nak bercerita pasal satu kejadian masa saya berada di Anjung Selera Alam Bina ni pagi tadi.
Pagi tadi kira-kira pukul 10 am macam tu, saya rasa lapar sangat. So, saya pergilah beli sesuatu yang saya boleh makan. Masa saya hendak membayar makanan yang nak beli tu. Ada seorang pakcik ni dia sedang membayar makanan yg dia beli tu. Tanpa sengaja saya ternampak isi dompet pakcik tu. Ya Allah, betapa sayunya hati saya. Saya ternampak duit pakcik hanya ada beberapa ringgit ja. Dalam lingkungan RM3 or RM5 macam tu.
Masa tu saya nampak pakcik tuh hanya beli sayur kailan dan terung goreng ja, dia dah kena caj RM1.50. Masa tu saya benar-benar rasa tersentuh sampaikan air mata ni rasa nak mengalir ja. Tiba-tiba terdetik di hati betapa tidak bersyukurnya saya selama ni. Dalam masa yang sama, terus teringat dengan kepayahan dan kesusahan yg mama dan papa kita tanggung selama ni. Bermula daripada hari ini, saya katakan diri saya sendiri. Saya kena belajar berjimat sehabis baik. Dalam kita merasai kesusahan pasti ada yang lagi susah daripada kita.
assalamualaikum , hai ..
ReplyDeleteokey x lecturer degree town planning ?
inshaaAllah bln 9 ni sye msok degree town planning , dari penerapan diploma town planning inshaaAllah msok sem 4.. jumpe bulan 9 nnti ye ..