Aku tidak ingin menyesal di masa hadapan...
Assalamualaikum w.b.t..
Hari ni aku terasa sangat bayak membuang masa. Setiap tugasan yg diberikan oleh pensyarah aku selalu buat saat-saat akhir. Esok dah submit baru aku terburu nak buat. Ya Allah, betapa bodohnya aku. Andai aku tidak berubah bermula daripada sekarang aku tidak tahu macam mana keadaannya keputusan final exam aku nanti.
Beberapa bulan yang lepas semasa kita orang mendapat task kedua studio kita orang KKP Town Planning dah warning kalau pointer final nanti tak 2.50 kita orang akan di buang daripada senerai nama pelajar UiTM. Ya Allah masih terngiang-ngiang di telingaku setiap kata-kata Dr. Yusfida Ayu tempoh hari. Alangkah ruginya jika aku tidak belajar bersungguh-sungguh bermula daripada sekarang.
Aku datang ke sini terlalu jauh daripada Sabah semata-mata hanya kerana ingin menuntut ilmu dan mencapai cita-cita yang aku impikan selama ini. Bahkan untuk aku sampai ke sini terlalu susah ibu harus berhutang kepada pihak Amanah Ikhtiar hanya semata-mata ingin menghantar untuk melanjutkan pelajaran ke sini. Andai aku tidak berusaha dengan lebih gigih segala pengorbanan ibunda tercinta akan menjadi sia-sia.
Mak, aku janji sebagai anak pertama segala tanggungjawab untuk mengubah masa depan keluarga terletak di bahuku. Oleh itu, aku janji aku akan berusaha dengan bersungguh-sunguh untuk memenuhi segala-galanya. Aku tidak boleh terleka dengan apa yang ada sekarang ni. Ini adalah janji aku sebagai seorang anak.
Memenuhi impian kedua orang tuaku adalah impian terbesar dalam hidupku.
Setiap peluang yang ada tidak akan aku sia-siakan begitu sahaja.
Ini adalah JANJIKU kepada AYAH dan BONDA.
#KanKuKotakanJANJI_itu.
Aku Harus berusaha dengan lebih kuat dan GIGIH...
Anak Sabahan Pasti BOLEH, Kejayaan itu pasti milikmu..
Comments
Post a Comment