Student Life..

Assalamualaikum w.b.t..

         Sebagai seorang pelajar kita tidak akan pernah boleh lari daripada kesibukan untuk menyiapkan segala tugasan yang telah di berikan oleh pensyarah kita. Aku merupakan pelajar perancangan bandar dan wilayah kesibukkan aku sebagai pelajar memang sangat ketara, kerana kursus ini adalah antara kursus yang sangat kritikal. Di setiap masa yang ada itu amatlah penting. Sebagai seorang bakal perancang aku akui kadang-kadang aku perlu berhadapan dengan pelbagai masalah. Agak stress jugalah, tapi nak tak kita kenalah hadapi dengan kesabaran.

         Diam tak diam, aku dah nak dua bulan dalam bidang ni. Walaupun pengalaman yang ada pada hari ni masih belum cukup banyak tapi semuanya banyak mengajar dan mematangkan aku. Lagi-lagi ketika berada di tempat orang begini jauh daripada keluarga yang tercinta. Di mana pengorbanan itu amat penting dan diperlukan di sini.

          Namun begitu bidang memang seronok. Dalam tertekannya membuat semua tugasan ada juga happy endingnya. Lagi-lagi kalau semua assignment dah siap.. hehehheheh.... Tapi aku bersyukur kerana Allah berikan kau peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang ini, kerana tanpa perancang bandar dan wilayah tiadalah perbandaran dan penempatan yang sistematik berlaku.






Ini adalah family town planning aku.. aku akan bersama-sama mereka di selama empat tahun, Inshaa Allah.. Semoga segulung Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (Kepujian) itu menjadi milik kita...
Semoga jalinan ukhuwah yang tercipta ini juga kekal hingga jannah.. Aminnn

Comments

  1. ade kenal sorang dalam gambar tu ,NINA kalau tak salah . haha biaselah hidup student planning ni best kut . terhempas terpulas . haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

"TIPS PENGANGKUTAN UNTUK BALIK KE UiTM SELANGOR"

Cuti Pertengahan Semester

Bachelor's in Town and Regional Planning/Urban Studies and Regional Planning