THE POWER OF SEDAKAH..

Haiii readers.. Lamanya dah cukup lama tidak menulis apa-apa entri, kan? Sehinggakan blog dah kena tumbuh sawang.. Hehehe.. Ok lah kali Aaila nak berkongsi mengenai "SEDEKAH".. Percaya atau tidak dalam setiap rezeki yang itu perolehi itu ada rezeki orang lain. Percaya kah tidak? Tapi saya percaya. Sebabnya apa? Dulu saya adalah orang sangat susah hendak berkongsi rezeki dengan orang lain. Bukan sebab apa iyalah student macam saya kalau nak bagi duit dekat orang lain kena lah pikir sampai 100 kali sebab kita sangat perlukan duit untuk kehidupan seharian dekat kampus. Betul x? Saya mula percaya mengenai kekuasaan"sedekah" itu bermula pada satu peristiwa. Boleh dianggap sebagai satu peristiwa lah.. Hehehe.. Masa itu Aaila berada di semester 5, seorang kawan sebatch dengan saya kehilangan abangnya dan masa itu AJK Persatuan course saya ataupun di kenali sebagai TRIPs melakukan kutipan derma khairat kematian. Masa itu Aaila ada duit RM 40 sahaja note RM 20 pulak tu...