Posts

Showing posts from April, 2015

Ya Allah, kuatkanlah aku..

Image
Assalamualaikum w.b.t                 Siang tadi master studio nak tengok Contains assignment, tapi semua pelajar AP221 part 1 ni dalam 35 orang pelajar seorang ja pelajar yang buat. Akhirnya En. Mohammad marah dan decide suruh kita siapkan dan hantar assignment tu hari isnin minggu depan. Allahurabbi, betapa banyaknya bebanan assignment ni. Mana dengan bahan assignment pun belum lengkap lagi. Memang semua ni benar-benar menguji ketahanan mental.            Oh Tuhan, kini beginikah kepayahan yang aku perlu lalui sebelum aku berjaya? Assignment kini sudah banyak bertimbun-timbun. Sekarang assignment yang otw menuntut hendak disiapkan sebelum cuti misterm ni ada 5 ke 6 assignment. Allahu kuatkan lah aku.. Mak tolong doakan kakak di sini mak. Sekarang ni kakak memang betul-betul memerlukan mak.          ...

Student Life..

Image
Assalamualaikum w.b.t..          Sebagai seorang pelajar kita tidak akan pernah boleh lari daripada kesibukan untuk menyiapkan segala tugasan yang telah di berikan oleh pensyarah kita. Aku merupakan pelajar perancangan bandar dan wilayah kesibukkan aku sebagai pelajar memang sangat ketara, kerana kursus ini adalah antara kursus yang sangat kritikal. Di setiap masa yang ada itu amatlah penting. Sebagai seorang bakal perancang aku akui kadang-kadang aku perlu berhadapan dengan pelbagai masalah. Agak stress jugalah, tapi nak tak kita kenalah hadapi dengan kesabaran.          Diam tak diam, aku dah nak dua bulan dalam bidang ni. Walaupun pengalaman yang ada pada hari ni masih belum cukup banyak tapi semuanya banyak mengajar dan mematangkan aku. Lagi-lagi ketika berada di tempat orang begini jauh daripada keluarga yang tercinta. Di mana pengorbanan itu amat penting dan diperlukan di sini.  ...

Aku pelajar UiTM

Agak lama rasanya sudah post apa-apa di sini.  Kini sudah sebulan lebih berlalu aku sah menjadi seorang mahasiswa di UiTM Kampus Shah Alam dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah ( Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bnadar dan Wilayah). Aku tidak pernah sangkah bidang kerjaya yang pernah aku bentang semasa orientasi masa Tingkatan 6 dalam slot "KERJAYA" dulu akan menjadi bidang yang mana aku akan ceburi pada hari ini. Apa yang aku tidak pernah jangkah ialah bidang ini sebenarnya terlalu sibuk sampaikan kadang-kadang aku tiada masa untuk diri aku sendiri. Apa yang menariknya pada kursus ini, ialah kursus melibatkan banyak kerja luar. So, duit pun kenalah banyak.. hehehe.. Tapi kelebihannya di situ di samping kita menuntut ilmu kita dapat menjelajah ke banyak tempat.