Posts

Showing posts from March, 2016

Hatiku benar-benar tersentuh..

Assalamualaikum w.b.t.. Dah lama rasanya tidak menulis apa-apa entri di sini. Sekarang ni saya dah berada di semester 3 di kampus baru iaitu Kampus Puncak Alam. Fakulti di sini amatlah menenangkan. Cuma satu ja masalahnya. Kemudahan dkt Fakulti Alam Bina d Kampus Puncak Alam amat mengecewakan. Hurmm... Btw, saya sebenarnya bukan mau bercakap pasal Alam Bina di Puncak Alam ni. Tapi saya nak bercerita pasal satu kejadian masa saya berada di Anjung Selera Alam Bina ni pagi tadi. Pagi tadi kira-kira pukul 10 am macam tu, saya rasa lapar sangat. So, saya pergilah beli sesuatu yang saya boleh makan. Masa saya hendak membayar makanan yang nak beli tu. Ada seorang pakcik ni dia sedang membayar makanan yg dia beli tu. Tanpa sengaja saya ternampak isi dompet pakcik tu. Ya Allah, betapa sayunya hati saya. Saya ternampak duit pakcik hanya ada beberapa ringgit ja. Dalam lingkungan RM3 or RM5 macam tu.  Masa tu saya nampak pakcik tuh hanya beli sayur kailan dan terung goreng ja...